malam ke 24 ramadhan
tarawikh pertama selepas peperiksaan di kampung
itu kali pertama aku mendengar bacaannya
di saat dia mengimamkan tarawikh di kampungku
ku agak waktu itu umurnya belasan tahun atau mungkin di sekolah menengah
penuh rasa ingin tahu, esoknya ak bertanya kepda teman sekampungku
kami sebaya tetapi dia lebih tahu tentang selok belok kampung
"oh itu mungkin anak pak YXXX, seorang hafiz al Quran, umur baru 20 tahun rasanya,"
malam itu
tarawikh cuma 8, selebihnya disambung khatam al Quran
usai majlis itu, langkah kaki ku orak laju keluar dari masjid
saat itu benar-benar imam muda itu melintasi 10 langkah jarak dariku
dia berpaling sekilas, aku memandangnya tepat
sayang, aku masih tidak dapat melihat wajahnya yang sebenar kerana silau mata
malam tadi
seperti biasa dia masih mengimamkan tarawikh di kampungku
malam ini malam terakhir tarawikh sebelum raya
lantas aku memecah kebiasaan
rakaat terakhir, sempat ak menyelit satu doa
yang ku kira biarlah rahsia
kakak sudah di rumah lantas kakiku laju melangkah mendapatkan motor usai solat
sebelah tangan memegang kain telekung, sebelah lagi kunci motor
lansung tak terbayang dek akalku
tiba di simpang surau, benar-benar imam muda dari bahagian lelaki
melintas di laluan perempuan, ku kira ingin ke tandas mungkin
oleh kerana terkejut dan agak segan, aku masih belum mampu melihat wajahnya
aku cuma mengenalinya kerana jubah coklat muda separa buku lali yang selalu menjadi pakaiannya tiap kali terawikh
dan jalannya yang sentiasa tertunduk, separa membongkok
yang ku lihat dari balik tirai birujarang bahagian perempuan setiap kali dia ingin mengangkat takbirnya
enjin motor ku hidupkan, sengaja aku tunggu di atas motor
dengan harapan imam muda itu akan melintas lagi
ini mungkin peluang terakhir untuk melihat wajahnya sehingga ramadhan tahun hadapan
sebab selepas ini kalau kami berselisih bahu di kampung pun mana mungkin aku dapat mengenalinya
tanpa jubah coklat kebiasaannya dan lebai putih membalut kepala
dan seperti yang aku harapkan, dia berjalan laju beberapa meter dariku
masih tertunduk dan menunduk
menjaga pandangan mungkin
dan masih, hanya bahagian tepi wajahnya dapat aku lihat
imam muda itu melangkah laju keluar dari pagar masjid, pulang ke rumah
aku pula, memulas laju enjin motor ke laluan yang berbeza
dalam pulangku aku tersenyum
imam muda itu berjaya membuka catatan lembaran baru dalam hidupku.