Sunday, May 3, 2015

duke 3.5.2015

si kecil itu
meraung dalam tangisan keperitan
separa faham tentang keadaan
akal mudanya dipaksa menelan
barangkali terlupa sesaat tika hatinya terleka dengan sesuatu
kenyataannya detik itu
sentiasa bertunjang teguh 
jauh di lubuk hatinya

si kecil itu
dalam umur yang masih muda
dia harus menampung segala
dalam keadaan separa faham
dia harus menerima
kedua insan paling bermakna dalam hidupnya
lebih disayangi Dia
telah pergi selama-lamanya

si kecil itu
dia harus faham
dunia ini pinjaman
walaupun kedua orang tuanya sekalipun

si kecil itu
kelak dia akan membesar
hatinya tak goyah tak lemah
jiwanya redha dan pasrah
dia bakal menjadi
yang paling tabah!

si kecil itu
usah gusar sayang
kerana aturan Allah itu yang paling indah dan bijaksana
kerana aturan Allah itu pasti ada pelangi di sebalik awan gelita
sekali lagi, usah risau sayang
kerana Allah selalu ada

kerana Dia selalu bersama.






No comments: