Wednesday, August 15, 2012

unjustifikasi.

kadangkala, kita rasa iman kita menggunung, waktu tu kita rasa sangat baik. sgt hadir dlm setiap solat2, sangat baik percakapan kita. tak kurang juga ada masa kita rasa iman kita menjunam, waktu tu solat memang solat tapi entah hadir entah tidak, cakap pun kotor dan tidak bermanfaat. ada masa kita rasa macam kita baik sangat, ada masa kita rasa sangat teruk dan jahat. itulah fitrah. sebab iman itu turun naik, boleh bertambah, boleh juga berkurang. sebab kita bukan maksum, kita tak sempurna, sebab tu kita kena bergerak sentiasa ke arah kesempurnaan itu. sebab Allah pandang usaha, kan? :)

hujung-hujung ramadhan ni, mudah sahaja aku duduk dia atas sejadah, lapang sahaja masa aku untuk Dia. mungkin sbb tiada musuh yang satu tu, yang menghambat aku setiap hari, terasa lapang dada. yang hanya tinggal adalah nafsu. namun begitu, entah berjaya entah tidak institusi ramadhan tahun ni, resultnya cuma dapat dilihat apabila berakhir ramadhan nanti. nantilah. akan aku justifikasi sendiri. cuma kadang-kala, acapkali aku kalah juga kepada nafsu. perempuan, 1 akal dan 9 nafsu. yang paling susah nak lari bagi aku, adalah nafsu lidah itu sendiri. kan?

astaghfirullahaladzim..

*pekup muka*. lidah itu walau tidak bertulang, tajamnya lebih dari pedang. dan bagi aku, entah sejak bila kadang kala aku mengabaikan lidah ini. lancar sahaja mulut ini mengeluarkan kata-kata yang tidak enak. sedang Allah sudah berpesan;

"celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.."-(104 :1)

"sesungguhnya pembicaraan rahasia itu (termasuk) perbuatan setan, agar orang beriman bersedih hati, sedang (pembicaraan) itu tidaklah memberi bencana sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah. dan kepada Allah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal"- (58:10)

mudah sahaja aku tunduk pada nafsu yang satu itu, sedang musuh terbesar itu sudah tiada, maka terang jelas dan nyatalah amarah yang memang ada dalam jiwa, yang mengheret aku ke landasan itu. astaghfirullahaladzim. ya Tuhanku, andai memang aku tidak punya hati, kurniakanlah aku hati yang baru.

"sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu),
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
(91: 9-10)

masih aku menegaskan pada hati hanya redha Allah yang dicari. aku tahu yang paling kita nampak sekarang adalah habluminannas, hubungan sesama manusia.sedang habluminallah itu lebih penting dari segalanya. tetapi    hati kadang kala degil, kerana kita selalu selesa dengan apa yang di hadapan mata. padahal semua tahu yang kehidupan di dunia ni hanyalah sementara, kehidupan Akhirat itu yang kekal abadi. prioriti tetap prioriti. ya Tuhanku, masukkanlah aku dalam golongan yang asing itu, kerana andai aku termasuk dlm golongan yang asing itu, aku sudah menepati ramalan hadis Rasulullah. dunia perlu ditepis oleh hati seperti span yang resilience, bukan diserap semahu-mahunya.

"dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada permulaan.."-(93:4)

ya Tuhanku, ramadhan yang bersisa ini, biarkan hati ini tetap utuh teguh di jalanmu, andai bengkok luruskan, andai gelap, terangkan, andai tidak pasti, jelaskan. kerana aku hanyalah hambaMu yang penuh khilaf, tertatih tatih mencariMu. maka ya Rahman ya Rahim, bulan yang penuh mulia ini, kau bersihkanlah hatiku, hilangkan segala penyakit yang ada di dalam hati ini. ameen..


"wahai manusia! sungguh telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."
(surah Yunus : 57)


No comments: