jauh di sudut hati, aku juga ingin begitu
aku juga ingin berani
seperti mereka
mengambil langkah setapak demi setapak
demi mengejar cinta-Nya
mencari erti hidup
yang sebenar
namun aku mmg seorang pengecut.
takut pada sebuah perubahan
takut dengan apa yang bakal ditempuhi
takut untuk meninggalkan masa-masa itu
walhal aku tahu
hari esok hanya Allah yang tahu
aku sedang mencari kekuatan
mengumpul keberanian
untuk aku tekadkan hati, bulatkan niat
terima kasih teman
maaf kerana aku mengutip sisa saki baki haruman yang kau pakai
aku pasti kau tidak kisah kan?
aku tahu setiap kata hanya alasan
untuk sang pengecut yang hipokrit
dan aku tidak mahu menjadi sebegitu
namun begitu kadang kala aku terfikir?
yang mana harus dulu?
luaran atau dalaman?
yang ain' atau qalbu'?
...
pasti kedua-duanya.
ya Rabb, pelihara hatiku jika masih ada hati.
jika tidak kurniakan yang baru.
amin...
No comments:
Post a Comment