Wednesday, March 7, 2012

kite ke jannah same2 ye? :)

assalamualaikum.

hari ni. erm. aku telah disnap oleh dr kusman disebabkan ketidakpakaian lab coat. sebenarnye, ak xde la segan sgt, cume rasenye tindakan itu tak approriate dan mungkin boleh menjadi stigma kepada diri aku.

u get what i mean. "ahh nadwa, biasela tu die. mmg suke x pakai lab coat," (sebenarnya personally mmg dah ade stigma mcm ni pun kat ak. xpe2. bersangke baik. :) )

hakikatnye act labcoat ak mmg tgah dibasuh. wuwuwu. takpelah, tarbiyah2!. untuk jadi umat Islam yg cemerlang gemilang terbilang. -end-

**********************************************************************************
then terjadilah satu situasi yg menjentik akal kecil ak ni untuk berfikir.

"aku x suke la si polan2.."
"ak benci la si polan2..."
"ak x berkenan la care die tuh.. "

itu ini. depan belakang. kiri kanan. tanpa sedar, kita memburukkan saudara kita sendiri dengan menjaja keaiban org lain kepada org lain. WALAUPUN niat kita baik. WALAUPUN kita tidak berniat untuk memburuk-burukkan org lain. WALAUPUN hanya dengan niat berkongsi masalah dan pandangan. namun begitu sedarkah kita yang kalaupun si polan polan yang menjadi bahan cerita sememangnya seprti apa yang diperkatakan, kiranya kita tidak menegur, perbuatan itu kan sudah termasuk di dalam mengumpat! astaghfirullahaladzim. sepertinya memakan bangkai sendiri. nauzubillah. apatah lagi kiranya cerita-cerita itu berunsur fitnah.

tidak!. bukan untuk mengatakan aku sempurna. ak tidak melakukan perkara itu. wahai sahabat-shabatku, aku juga sepertimu. sedang mencari-cari ruang dan peluang untuk menampal apa yang tertetas, terkoyak rabak. mencari cahaya hidayah Tuhanku, jua Tuhanmu. mencari redha Rabbul Izzati sepertimu. kadang-kadang, (or most of the time) kita kurang waras / tidak sedar kita terheret untuk melakukan dosa 'ckp belakang' ini! ak berkata-kata atas dasar pengalaman sendiri.  ak bagi contoh la..

"eii,.. tengokla si polan tuh. verkepit 24 jam. eh aku dahla meluat tengok org kapel-kapel ni..."
"ishk, si polan ni dia buat dah.. asyik tau nak marah-marah je. ak x boleh betulla dgn org macam tu.."
"eiii.. getik la aku dgn perangai die  no. bajet bagus!!"

see. ak amik cth 1st yang ak tulis tuh. "aku sangat benci la tgok org kapel ni. ak xnak kapel smp la ak kahwin,". dear, setiap perkataan kita itu sebenarnya akan diuji. sebab itu Islam mementingkan modesty. jangan melebih-lebih dalam membenci, takut nanti terjerat kaki sendiri. bukanla ak nak mengatakan atau membenarkan yang haram, tetapi manusia sebenarnya tidak sedar mereka selalu melakukan apa yang mereka perkatakan dan bencii..

nahh. org yg paling rapat dgn aku (tlgla jgn perasan sape2) mengaku sendiri kepadaku yang die sgt membenci kapel tetapi akhirnya die terjerat ke dalam kancah itu. sbb tu jgn cakap besar. jgn ekstrem. 

salah satu tanggungjawab muslimin muslimat adalah memelihara amar makruf nahi mungkar. dan apabila kita terlihat perbuatan buruk yang against Islam, pentingnya, maha pentingnya untuk kita mencegah:

1 dengan tangan  jika punya kuasa ; jika tidak mampu
2. dengan perkataan; jika tidak mampu
3. dengan hati ; maka ini selemah lemah iman.

jadi kesimpulannya di sini. andainya, by any chance, kita terlihat perbuatan buruk orang lain, apa yang perlu dilakukan adalah menegurnya. ya aku faham, bukan mudah. ibarat menarik rambut dalam tepung,tepung tidak selerak, rambut tak putus. namun begitu bukan Islam sudah menggariskan method2 berkesan dakwah? iaitu dengan tatacara yg betul dan berhikmah. berdakwah juga ada caranya. maaf aku juga masih belajar. tidak mampu untu menghuraikan panjang2 tentang cara berdakwah. huhu

namun begitu intinya di sini adalah, jangan takut untuk menegur kiranya terlihat kemungkaran. daripada kita menjaja keburukan orang lain atau memendam dalam hati atau berkongsi dengan sahabat lain dgn niat meluahkan perasaan, semata-mata ingin menjaga hubungan dgn teman yang disayangi itu!

"ahh, ak takutla nak tegur!! nanti dia terase, die taknak kawan dgn aku dah. kalau ak tegur baik2 pun macamla die nak dga.. baik ak berdiam diri je'..aku sendiri pun x sempurna"

aku juga punya masalah begini. ye. semestinya. tapi tepuk dada tanya hati. redha siapa yang kita mahukan? redha Allah atau redha manusia?
sebab itu juga ada garis panduan untuk berdakwah. percayalah sahabat, suatu hari nanti dia pasti mengerti mengapa kau melakukan sedemekian rupa, itu adalah kerana kau menyayanginya. seperkara lagi, kalau nak tggu smp sempurna, smp kucing bertanduk pn x jadi beb!! sbb kesempurnaan milik Maha Pencipta, dan memang sifat manusia penuh kekhilafan kan. kalau bertolak2 tugas berdakwah ni, siapa je yg layak nak menegakkan syiar Islam?!!!

next thing is, siapa yang mahu lihat orang sekelilingnya dimurkai maha Pencipta?

dan aku, seperti post2 sebelum ni, aku mahu dikelilingi sang bunga yang wangi-wangi, semoga wangian terpercik ke atas aku dan seterusnya ak juga harum mewangi seperti mereka.

-kita adalah siapa kawan kita. maka bersahabatlah dgn mereka yang mencari Tuhannya- 

dan sahabat, suatu hari nanti setiap perbuatan kita akan disoal di hari yang pasti itu. hari kita dikumpulkan masyar. hari menentukan ke jannah atau sebaliknya. dan sahabat, kiranya ak ditakdirkan ke jannah (amin), ak tidak mahu sendirian. aku mahu menarik orang sekeliling, kau malah semuanya bersama-sama. kerana aku tahu aku juga akan dipersoalkan nanti. kerana kita bersaudara. setiap umat Islam itu bersaudara, bukan? jadi sahabat, ayuh!! zikir fikir. 

sekali lagi. redha siapa yang kita mahukan? tepuk dada tanya iman..


Allahu Rabbi, semoga tulisanku ini tidak menjadi fitnah bagiku, dunia dan akhirat.

1 comment:

huda yunus said...
This comment has been removed by the author.