Thursday, March 15, 2012

surat untuk sahabat.

wahai teman.
demi Allah, aku menyintaimu.
demi Allah, aku tidak ingin lihat engkau terjerumus ke lembah itu.
demi Allah, aku sgt kasih akan dirimu.
kau tidak tahu betapa peritnya hatiku apabila melihat dan HANYA berdiam diri.
fitrah dalam hatiku meraung gila melepasi kewarasan akalku menyuruh aku bertindak
dan aku tidak tahu ke mana hilang semangat aku.
bukankah redha Allah yang kita cari?

wahai teman.
andai suatu hari aku membuka mulut menegurmu
janganlah engkau salah faham
janganlah engkau melatah mendengarkannya
sesungguhnya kau tidak tahu kekuatan yang aku kumpul hanya untuk melaksanakan itu
demi Allah, aku tidak mahu melihat engkau tertarik ke 'gaung' itu
dan aku juga tidak mahu dipersoalkan di masyar suatu hari nanti
saat itu pasti kau akan memarahi aku kerana tidak menegurmu dahulu
nauzubillah.

demi Allah, aku juga tidak sempurna.
sungguh tidak sempurna.
kadangkala aku juga tercicir sini dan sana
alhamdulillah, ada yang berlapang dada menegurku, menarikku ke atas landasan semula
dan aku rasa terpanggil
kerana aku sayang padamu

cinta itu fitrah.
tetapi hubungan yang tidak halal itu walau hanya kau canangkan sebagai sebuah persahabatan itu
cukup MUDAH menjadi fitnah
andai tiada ketegasan yang kukuh di dalam hati
untuk menjaga...
sebuah ikhtilat.

aku juga harus banyak belajar dan menjaga hati
biar kita sama-sama menjaga sesama sendiri
kau menegurku dan aku menegurmu.
biar kita jaga ikhtilat kita
biar cinta fitrah itu kita salurkan kepada yang Maha Mencintai
cinta Agung kepada Maha Kuasa
sebelum kita mencintai insan lain.
yang layak memiliki dan dimiliki.

uhibbukifilllah wahai sahabat.









-nadwa aqeela-



No comments: